Kelas E-Learning: Pilih Huruf Kecil Yang Betul

19 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2024, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Pilih Huruf Kecil Yang Betul yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh seorang peserta.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk memilih huruf kecil yang betul berpandukan gambar yang diberikan dengan menggunakan laman sesawang Wordwall.com sebagai medium pembelajaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih fokus para peserta dan membuat mengulang kaji. Peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di NADI Rantau Panjang pada masa yang akan datang.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali